“Niat Saya Baik, Cuma..”- Akhirnya Neelofa Jelaskan Kenapa Panggil Anak Elisya Sandha Begitu

Sejak melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Elisya Sandha tidak lokek berkongsi wajah anaknya Bunga Elhaq untuk tatapan pengikut di laman Instagram.

Jika diperhatikan di ruangan komen, ramai memuji kecomelan Bunga yang juga cucu sulung kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly itu, termasuk selebriti popular Neelofa.

Menerusi sebuah posting baru-baru ini, Neelofa ada meninggalkan satu komen berbunyi ‘Cheecky boy masyaAllah’ pada satu video yang memaparkan bayi berusia dua bulan itu mengukir senyuman.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menegur selebriti berusia 33 tahun itu dengan memaklumkan bahawa Bunga adalah berjantina perempuan dan bukan lelaki.

Malah, terdapat juga beberapa individu mengambil kesempatan bertanya bekas pengacara MeleTOP itu bila wajah anaknya Muhammad Bilal akan didedahkan kepada umum.

Ni baby girl bukan boy

Kau dah kenapa? Bila nak tunjuk muka Bilal?

Untuk rekod, Elisya berkahwin dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama itu pada 18 Jun lalu.

Alaaa peminat Elisya jangan terasa, biasa la kadang-kadang tersasul atau ‘tertypo’. Yang penting Bunga membesar dengan sihat ya!

Elisya dapat bayi perempuan

Adik pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah hospital di Ampang, pada jam 8.40 pagi tadi.

Berita gembira itu disahkan ibu Elisya, Hatijah Teh Man kepada BH Online.

“Alhamdulillah, Elisya sudah selamat melahirkan anak sulung berat 3.25 kilogram (kg). Keadaan Elisya dan cucu, semua baik,” katanya.

Ibu mentua Elisya, Sheila Rusly turut memuat naik video pendek atau ‘reels’ di Instagram (IG) menampakkan bahagian tangannya menggenggam jari cucu.

Sementara itu, Elisya atau nama penuh, Nur Elisya Sandha Hassan memberitahu, dia dan suami, Uzair Haqimy sudah mempunyai nama buat puteri mereka yang dipilih Sheila.

“Ibu bermimpi mengenai nama ketika saya hamil lima bulan. Jadi, beliau minta izin hendak beri nama untuk cucu pertamanya itu. Saya dan suami fikir nama itu sesuai.

“Apa yang saya boleh katakan, nama anak kami ada gabungan nama saya dan suami,” katanya.

Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu.
Bunga ElHaq nama anak Elisya Sandha

Bunga ElHaq Uzair Haqimy. Indah dan unik!

Begitulah nama cahaya mata sulung pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi semalam.
Pilihan nama indah itu awaknya dikongsikan kakak kepada Elisya yang juga aktres Fasha Sandha menerusi hantaran video di Instagramnya ketika melawat ibu muda serta si kecil di hospital.

“Syukur ahamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya, Elisya. Syukur, Allahuakbar cantiknya ‘baby’ Bunga Elhaq. Selamat datang ke dunia sayang ibu,” katanya.

Pada perkongsian sama, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 38, itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada kedua-dua wanita penting dalam hidup adiknya termasuk mentua Elisya, Sheila Rusly.

“Cantik dan sihat ‘baby’ Bunga. Syukur, selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.

Nama Bunga Elhaq seterus diumumkan sendiri oleh Elisya dan Uzair menerusi Instagram masing-masing, sekali gus mengesahkan pilihan nama buat cucu sulung pasangan penerbit Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo itu.

Ini Respon Neelofa

Pengacara yang juga selebriti media sosial, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mengakui, kekhilafannya memanggil anak perempuan pelakon, Elisya Sandha, sebagai boy, baru-baru ini bukan sesuatu yang disengajakan.

Sebaliknya, kata Neelofa, ia berlaku disebabkan kesilapannya sendiri apabila tidak fokus ketika menaip di ruangan komen, meskipun mengetahui pelakon itu baru dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan. Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersil4p menyebut boy.

“Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesaIahan. Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersiIap taip.

“Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan dana di aplikasi TheNoor dan platform ECF, Ethis di MranTi, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Sumber: viralmedia.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Comment