“Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa” Tak Sangka Ini Yang Rihana Oksana Ajar Pada Anaknya.

Model sensasi dan bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra telah mendapat soalan yang tidak dijangka oleh anaknya iaitu Ismail Leon sempena Hari Bapa baru-baru ini.

Leon Mencari Di Mana Bapa

Menerusi hantaran di instagram, Rihana menceritakan bahawa Leon bertanya dimanakah bapanya selama ini dan mengakui itu adalah soalan yang paling tidak selesa untuk dijawab.

“Sudah tiba masanya untuk soalan yang tidak selesa. Atau Hari Bapa tanpa bapa. Saya telah menanti soalan ini dan saya telah berkali-kali mencari jawapan.

Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.”-Kongsi Rihana

Tambahnya lagi, dia turut menunjukkan peta di mana terletaknya London dan Malaysia. Malah Rihana turut menjelaskan bahawa bapa kepada anak lelakinya itu tinggal di Malaysia dan tidak dapat hadir.

“Saya cepat-cepat menunjukkan Leon peta di mana London dan di mana Malaysia, dan mengatakan bahawa bapanya tinggal di sana- jauh. Dia tidak boleh datang. “-Jelas Rihana

“Kenapa Bapa Tidak Hubungi Saya?”

Bekas Ratu Cantik Rusia ini menceritakan bahawa anaknya turut bertanya mengapa bapanya tidak pernah menghubunginya selama ini.

“Tetapi kemudian, Leon bertanya- kenapa dia tidak menghubungi saya?.

Saya terpaksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana, keana belum ada 5G di sana…Jadi dia tidak boleh menghubungi dalam apa cara sekalipun.”-Kata Rihana

Di akhir hantaran nya, Rihana menceritakan bahawa dia dan bekas suami pernah berbincang mengenai projek pemasangan rangkaian 5G di Malaysia.

Selain itu, Rihana turut mengatakan bahawa adalah sangat penting bagi seorang anak untuk berkomunikasi dengan bapanya.

Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana atau nama sebenarnya Rihana Oksana Gorbatenko berkongsi kisah perjalanan hidupnya di akaun Instagram semalam(Selasa). Perkongsian mengenai kehidupan peribadi model ini telah menarik perhatian orang ramai di media sosial.

Mula Hidup Baru, Cekal Besarkan Putera Tunggal

Rihana,29 yang kini berhijrah ke London, berkongsi serba sedikit perjalanan hidup dirinya yang sering berpindah-randah sewaktu berusia 17 tahun hinggal kini menetap di kota raya tersebut bersama anak lelakinya.

Menurut bekas ratu cantik ini, meski berpindah ditempat yang baru, dirinya yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Malah Rihana sendiri beranggapan dirinya tidak takut dengan perubahan dan akan bergerak kehadapan demi mencapai impian.

“Kehidupan baru lagi….

Ini kali ketiga saya berpindah dan mulakan hidup baru saya pada 29 tahun..

Perpindahan pertama saya di Moscow semasa saya berusia 17 tahun, ketika saya masuk universiti. Kemudian pada usia 24 saya pindah ke Malaysia. Dan sekarang 5 tahun kemudian, saya kemas bagasi saya sekali lagi, bawa Leon bersama saya dan mulakan hidup baru.

Kali ini saya fokus eksklusif pada anak saya. Semenjak saya lahirkan dia seorang diri dan besarkan dia seorang diri, jadi segala-galanya mesti dilakukan untuk masa depan dia kerana tiada siapa selain saya yang akan lakukannya.

Di Moscow, saya tinggalkan segalanya, keluarga, kawan-kawan, apartment, kereta, cagaran.. Terdapat isu perniagaan yang saya uruskan dari jauh.

Segalanya baru di London, tapi saya tak pernah takut pada perubahan dan kemungkinan sebab itu banyak cabaran berlaku dalam hidup saya sama ada baik atau buruk atau tidak seberapa.

Tapi dalam satu hal yang lain, saya boleh katakan yang saya tidak berpernah duduk diam, berehat di sofa atau menonton televisyen. Saya selalu bergerak ke depan untuk capai matlamat saya dan segera set yang baru. Oleh itu, saya pasti segalanya akan berjalan dengan baik di sini.” Luahnya

Netizen Doakan Yang Terbaik Buat Rihana Dan Putera Leon

Perkongsian wanita cantik itu mendapat pelbagai reaksi dan respon orang ramai, dan rata-ratanya memberi komen dengan mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anak ini.

“Semoga segalanya dipermudahkan @rihanapetra sayang”

“Supermom Rihana dan Putera Leon. Jaga keselamatan.”

“Jaga diri anda Rihana. Saya doakan kebahagian dan kegembiraan dalam membesarkan Leon”

“Tahniah.. Harapkan yang terbaik untuk anda dan sudah tentunya putera kecil kita Leon.. Dia akan berjaya dalam hidup seperti anda seorang ibu yang hebat.. Semoga berjaya dan yang terbaik @rihanapetra” komen mereka

“Saya harapkan anda sentiasa berjaya. Aamiin”

“Semoga Allah SWT rahmati anda dan Leon”

“Yang terbaik untuk anda dan Leon”

“Jaga keselamatan. Anda boleh lakukannya”

“Semoga segalanya berjalan lancar untuk anda dan Leon” komen mereka lagi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai

Leave a Comment